• texto-a-ser-exibido
  • texto-a-ser-exibido
  • texto-a-ser-exibido

Thursday, September 10, 2009

test

aku tgh dok test.harap sabar ye

Friday, May 16, 2008

Public Mutual Unit Trust ( Shariah )



Alhamdulillah setelah sekian lama menunggu akhirnya pada 1 Februari 2008 KWSP umumkan pembaharuan tentang Skim Pengeluaran KWSP.Kalau tidak sebelum ni kalau nak buat pelaburan dimestikan mempunyai sekurang-kurangnya RM55,000 dalam Akaun 1.Sekarang tak payah tunggu akaun satu RM55,000 dah.Cuba tgk syarat2 yg baru ni.


Syarat-syarat Pengeluaran KWSP

  • Pengeluaran untuk pelaburan adalah dibenarkan kepada ahli yang:
    mempunyai simpanan melebihi RM5,000 dari jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun I; dan belum mencapai umur 55 tahun.
  • Amaun minimum yang boleh dilaburkan ialah RM1,000 dan amaun maksimum yang boleh dilaburkan pula mestilah tidak melebihi 20 peratus dari amaun yang melebihi amaun Simpanan Asas dikehendaki di dalam Akaun 1.
  • Semua pelaburan yang dibuat hendaklah melalui IPD yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Untuk mendapatkan senarai terkini IPD yang diluluskan, Sila rujuk: Institusi Pengurusan Dana Dilantik KWSP
  • Kalau korang nak tau berapa yg korang layak utk buat pelaburan dalam PM.
    Sila rujuk : Kalkulator Pelaburan KWSP

Public Mutual salah satu IPD yg diluluskan oleh Kementerian Kewangan.Aku dah buat survey dah dan aku dapati PM ni performance dia ok dan return dia pun menarik.Aku bukan apa better aku laburkan di tempat yg lain yg boleh bagi return tinggi lebih dari KWSP.Kalau tahun lepas yg aku perhatikan KWSP bagi dividen 5.8%.Dgn Public Mutual lebih dari itu.Antara Unit Trust Public Mutual (Shariah) yg korang boleh laburkan adalah:

  1. Public Ittikal Fund
  2. Public Islamic Equity Fund
  3. Public Islamic Opportunities Fund
  4. Public Islamic Dividend Fund (*)
  5. Public Asia Ittikal fund
  6. Public Islamic Asia Divident Fund
  7. Public Islamic Sector Select Fund
  8. Public China Ittikal Fund
  9. Public Islamic Select Treasures Fund(*)
  10. Public Islamic Optimal Growth Fund(*)
  11. Public Islamic Income Fund
  12. Public Islamic Select Enterprises Fund

( * - boleh guna duit KWSP utk pelaburan,selain dari itu boleh guna tunai)